CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Thursday, 1 March 2012

Puding Marble for dessert.. love it!

Salam y'all... Today Dolita terasa nak buat dessert untuk minum petang. So, Dolita decide nak buat puding marble. For those yg suka mkn puding,should  try it guys... simple and yummy...

One of my friend selalu cakap:
 "U ni kn susah-susah masak, buat kuih semua buat ape. Kn semua ade jual kt kdai. Tak la penat nak buat semua tue. Sediakan duit beli je. I xde masa nak buat-buat nie. Beli je kat kedai, senang"

Dolita hanya tersenyum. Different people, different opinion. Rambut mungkin sama hitam, tetapi cara  pemikiran serta pendapat jelas sekali berlainan. Bagi Dolita, cooking is my passion, and Dolita pernah terbaca satu artikel yang menyatakan, apabila kita memasak dengan sepenuh hati berserta kasih sayang, that food will be more delicious and meaningful at the same time we present our cooking with love! ♥♥♥♥ 

So, for me doesn't matter susah mana pun untuk menyediakan sesuatu makanan, kerana makanan itu boleh menyampaikan message tertentu.. Xpercaya??? Cube y'all masak time bad mood mesti rasanya berlainan masa y'all masak time happy and ikhlas untuk masak makanan tue... seriously it will taste differently... I love to cook and I'm happy when people love it... (o_0)

Ok, asyik melalut je Dolita nie.. so here my secret recipe for puding marble:


Bahan-Bahan:

1 liter air
1 paket serbuk agar-agar
250 gram gula (depends on your taste)
100 gram tepung kastard
3 biji telur
1 tin susu cair Ideal
2 sudu kecil serbuk koko

Cara-Caranya:

1. Masukkan air bersama serbuk agar-agar dan gula. Masak di atas dapur dengan api yang sederhana.Kacau sebati sehingga gula dan serbuk agar-agar tadi larut.
2. Pukul telur sehingga kembang. Bancuh tepung kastard bersama sedikit air agar ianya tidak berketul apabila di masukkan ke dalam telur. Setelah larut tepung kastard, masukkan ke dalam telur yang di pukul tadi. Sebatikan kedua-dua bahan tersebut.
3. Masukkan susu cair dan sebatikan.
4. Setelah agar-agar serta gula larut dan mendidih, perlahankan api dan masukkan bahan-bahan yang telah di sebatikan tadi. Kacau sehingga rata.
5. Matikan api dan angkat adunan. Bahagiakn adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko yang telah di larutkan bersama air. 
6. Sediakan acuan dan tuangkan adunan berselang-seli untuk mendapatkan corak seperti marble. 
7. Sejukkan di dalam peti ais dan sedia untuk di makan...


Taraaaa... so ni la rupanya puding marble Dolita.. Selamat mencuba and gud luck guys!..

Love,
Dolita Lolita




Wednesday, 29 February 2012

Banana Cake for today! ♥

Today, my mom nak sgt mkn kek pisang. Dh siap-siap sediakan pisang utk buat kek.. So, Dolita nk share la ckit recipe kek pisang yg Dolita sediakan utk my mom. Simple but really nice and fluffy... for those yg baru nk blaja buat kek, recipe ni sgt sesuai sbb senang and simple.. mesti y'all bleh buat sbb Dolita pn br blaja buat... (^_^) so, ini recipenye:

Bahan-bahan:

2 cwn tepung gandum
5 biji pisang 
2 biji telur
1 cwn gula
1 camca kecil soda bikarbonat
1 canca kecil baking powder
1/2 cwn minyak masak
1 sudu esen vanila

Cara-caranya:

1. Ayakkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder bersama.
2. Pisang hendaklah di lenyekkan terlebih dahulu.
3. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanila dan pisang. Gaul sebati bahan-bahan tersebut.
5. Kemudian, masukkan pula tepung yang telah di ayak dan gaul sebati.
6. Akhir sekali masukkan 1/2 cwn minyak masak.
7. Sediakan acuan dan griskan. Masukkan adunan.
8. Bakar pada suhu 180c selama 50 minit ke 1 jam. 

Dh siap pun kek pisng Dolita.Ini la pic yg sempat Dolita snap... Selamat mencuba and Gud luck y'all..

Love,
Dolita Lolita