CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 3 March 2012

Short story: Warkah buat Mama

BMW hitam kepunyaan Dato' Kevin meluncur laju, meninggalkan perkarangan banglonya. Sesekali sang mentari bersinar indah menerusi celah-celah pohon beringin yang rendang. Dato' Kevin memandang wajah isterinya yang murung, penuh gelisah dan tanda tanya. Suasana sepi dan sunyi.

  "Mama, papa, bila kita akan sampai?", soal Benny, anak kesayangan Dato' Kevin dan Datin Vivian. Benny baru berusia 5 tahun, masih terlalu muda dan mentah. Benny masih belum mengerti apa-apa.

  "Sabarlah Benny", jawabpapanya yang berdiam diri sejak tadi, cuba meleraikan kekusutan fikiran anaknya itu. Panggilan telefon dari Sharifah malam semalam, benar-benar mencabar Datin Vivian sebagai seorang mama. Dengan hati yang berat berbaur gusar, Datin Vivian dan Dato' Kevin bergegas ke rumah Sharifah. 

Papan tanda di pinggir jalan menunjukkan 'Taman Teratai'. Dato' kevin memberhentikan keretanya. Dengan perlahan, mereka turun dari kereta. Di satu sudut kelihatan seorang gadis sunti belasan tahun, berbaju kurung dan bertudung lingkup. Matanya liar memandang ke sana sini.

Datin Vivian mendekatinya. "Di mana rumah Sharifah?", tanyanya lembut, menjaga status seorang datin, isteri kepada seorang CEO Berjaya Corp. 

  "Saya Sharifah. Ini Datin Vivian?", tanya Sharifah. Matanya merah, mungkin akibat menangis. Jantung Datin Vivian mula kencang.

  "Bagaimana keadaan Alice?", akhirnya nama Alice terkeluar juga dari mulut datin Vivian yang memang meradang dengan puteri sulungnya itu. jauh di sudut hati, tersirat  seribu kerinduan yang mendalam pada anaknya itu. Sudah setahun Alice meninggalkan mama dan papanya. Bukan Alice biadap. Alice hanya akur dengan kehendak mama dan papanya yang menganggapnya sudah tiada di dunia ini. Tanggal 22 Januari merupakan titik hitam bagi keluarga Dato' Kevin.

Datin Vivian tidak dapat menanggung hiba. Dia menyekat air mata yang mengalir deras. Sekujur jasad, berkapan kain putih, terbujur kaku di kelilingi sebilangan penduduk Taman Teratai yang ikhlas menziarah. Datin Vivian dan Dato' Kevin meratapi pemergian Alice dengan seribu penyesalan. Alice tidak mungkin kembali lagi. 

Sharifah menghampiri Datin Vivian. Sampul merah jambu yang sekian lama disimpan olehnya, diserahkan kepada mama kesayangan Alice.
................................................................................................................

Mama,

Pertama kalinya warkah ini Alice layangkan buat mama dan papa yang disayangi. Mungkin kehadiran warkah ini bisa mengundang kemarahan mama. Terlebih dahulu, Alice meminta maaf, seandainya luahan jiwa Alice nanti akan menimbulkan kebencian dihati mama. 

Alice harap sudilah kiranya buat mama untuk menatap warkah ini walaupun secebis kata. Ketika ini, Alice sudah tiada lagi di dunia ini. Dunia yang menyimpan sejuta kekalutan. Alice mengerti. Di saat-saat ikatan kasih sayang terjalin teguh, keretakan mendatang tanpa diduga, menguji kesabaran di antara kita. Alice tidak menyalahkan sesiapa. 

Alice tahu mama dan papa semestinya meletakkan kesalahan di bahu Alice. Alice kecewa dan terharu dengan sikap mama. Mama langsung tidak memberi peluang kepada Alice untuk berterus-terang. Mama terlalu terburu nafsu. Papa pula hanya berdiam diri. Dari raut wajah papa, Alice mengerti, Papa juga membantah keras tindakan Alice. 

Alice sudah cukup dewasa. Alice tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Apa yang Alice putuskan telah pun Alice fikirkan semasak-masaknya. Setiap kali Alice memikirkan hal ini, setiap kali itulah Alice gentar dan bimbang. Alice takut untuk berdepan dengan mama dan papa.

Namun, akhirnya Alice nekad untuk memeluk Islam. Agama Allah ini ternyata suci dan murni. Alice benar-benar berubah. Alice tidak seperti dulu lagi. Alice tidak lagi ke disko, melepak tak tentu pasal. Alice bukan sahaja berubah tingkah laku malah nama Alice juga berubah. Sebagai seorang Islam, Alice menukar nama kepada Nur Alissa Abdullah.

Menukar agama bukan bererti Alice menukar keluarga. Hanya mama dan papa yang sudah salah anggap. Mama dan papa tetap Alice sayangi, lebih dari nyawa Alice sendiri.

Pemergian Alice sudah diduga dari awal lagi., walaupun ajal maut itu di tangan Tuhan. Alice disahkan mengidap barah otak satehun yang lalu.  Alice sengaja merahsiakan hal ini. Kepincangan keluarga kita menyebabkan penyakit ini menjadi bertambah serius. Harapan untuk terus hidup amat tipis untuk Alice. 

Selepas meninggalkan rumah mama dan papa, Alice menetap di rumah Sharifah. Ibu bapanya sangat baik terhadap Alice. Alice gembira bersama mereka.

Alice harap mama dan papa halalkan makan minum Alice selama ini. Alice mohon ampun dan maaf pada mama dan papa. Usahlah ditangiskan pemergian ini. Takdir telah memisahkan kita buat selama-lamaya.

Selamat tinggal mama
Selamat tinggal papa
Selamat tinggal Benny

                                                                                                                   Ikhlas,
                                                                                                                   Nur Alissa Abdullah


Sampul merah jambu itu digenggam erat. Datin Vivian mengesat air mata. 

  "Mama, mana kak Alice?",tanya Benny yang sejak tadi hanya memerhatikan sahaja sandiwara mama dan papanya.

  "Bukan Alice, tapi Nur Alissa Abdullah", Datin Vivian menjawab ringkas. Benny memeluk mamanya, seakan memahami perasaan dan kesedihan yang mencengkam jiwa mamanya. 

Pemergian Nur Alissa menjadi satu nostalgia dalam hidup Dato' Kevin dan Datin Vivian. Yang pergi tak mungkin kembali lagi. 


Love,
Dolita Lolita 

Thursday 1 March 2012

Puding Marble for dessert.. love it!

Salam y'all... Today Dolita terasa nak buat dessert untuk minum petang. So, Dolita decide nak buat puding marble. For those yg suka mkn puding,should  try it guys... simple and yummy...

One of my friend selalu cakap:
 "U ni kn susah-susah masak, buat kuih semua buat ape. Kn semua ade jual kt kdai. Tak la penat nak buat semua tue. Sediakan duit beli je. I xde masa nak buat-buat nie. Beli je kat kedai, senang"

Dolita hanya tersenyum. Different people, different opinion. Rambut mungkin sama hitam, tetapi cara  pemikiran serta pendapat jelas sekali berlainan. Bagi Dolita, cooking is my passion, and Dolita pernah terbaca satu artikel yang menyatakan, apabila kita memasak dengan sepenuh hati berserta kasih sayang, that food will be more delicious and meaningful at the same time we present our cooking with love! ♥♥♥♥ 

So, for me doesn't matter susah mana pun untuk menyediakan sesuatu makanan, kerana makanan itu boleh menyampaikan message tertentu.. Xpercaya??? Cube y'all masak time bad mood mesti rasanya berlainan masa y'all masak time happy and ikhlas untuk masak makanan tue... seriously it will taste differently... I love to cook and I'm happy when people love it... (o_0)

Ok, asyik melalut je Dolita nie.. so here my secret recipe for puding marble:


Bahan-Bahan:

1 liter air
1 paket serbuk agar-agar
250 gram gula (depends on your taste)
100 gram tepung kastard
3 biji telur
1 tin susu cair Ideal
2 sudu kecil serbuk koko

Cara-Caranya:

1. Masukkan air bersama serbuk agar-agar dan gula. Masak di atas dapur dengan api yang sederhana.Kacau sebati sehingga gula dan serbuk agar-agar tadi larut.
2. Pukul telur sehingga kembang. Bancuh tepung kastard bersama sedikit air agar ianya tidak berketul apabila di masukkan ke dalam telur. Setelah larut tepung kastard, masukkan ke dalam telur yang di pukul tadi. Sebatikan kedua-dua bahan tersebut.
3. Masukkan susu cair dan sebatikan.
4. Setelah agar-agar serta gula larut dan mendidih, perlahankan api dan masukkan bahan-bahan yang telah di sebatikan tadi. Kacau sehingga rata.
5. Matikan api dan angkat adunan. Bahagiakn adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko yang telah di larutkan bersama air. 
6. Sediakan acuan dan tuangkan adunan berselang-seli untuk mendapatkan corak seperti marble. 
7. Sejukkan di dalam peti ais dan sedia untuk di makan...


Taraaaa... so ni la rupanya puding marble Dolita.. Selamat mencuba and gud luck guys!..

Love,
Dolita Lolita